Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dua watak Dalam Filem Captain America: Civil War Bakal Muncul Dalam Siri TV Falcon & Winter Soldier


Penamat filem Avengers: Endgame telah membuka satu pengembaraan baru buat dua karakter Marvel Cinematic Universe iaitu Falcon dan Winter Soldier. Bagaimanapun, mereka berdua bukan saja bintang MCU yang akan beraksi dalam siri televisyen yang akan keudara di platform Disney+.

Berkemungkinan besar dua watak yang anda kenali bakal menyertai Sam Wilson dan Bucky Barnes dalam siri televisyen Falcon & Winter Soldier. Watak yang dimaksudkan adalah Agent Sharon Carter & Helmut Zero.

Menurut laman Deadline, Daniel Bruhl dan Emily VanCamp kini dalam fasa perbincangan untuk terlibat dalam siri televisyen berkenaan. Siri berkenaan akan ke udara selama 6 episod dan akan diarahkan oleh Kari Skogland.

Emily VanCamp pertama kali muncul dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dalam filem Captain America: The Winter Solidier dan yang terakhir dalam filem Captain America: Civil War. Beliau membawakan watak sebagai Agent Sharon Carter, anak saudara kepada ‘love interest’ Captain America, Peggy Carter. Manakala Daniel Bruhl muncul dalam Captain America: Civil War sebagai Helmut Zero, bekas tentera Sokovia yang berjaya memporak-porandakan pasukan Avengers.

Sementara itu, Deadline turut melaporkan bahawa produksi siri televisyen ini akan bermula pada tahun ini dan episod pertama akan bersiaran pada Ogos 2020.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee