Drama Syurga Nur

0
630
views

Syurga Nur poster

Pengarah: Jinggo

Pelakon: Amar Asyraf, Janna Nick, Azrel Ismail, Raja Ilya, Sheila Rusly

Produksi: JS Pictures

Tarikh Tayangan: Mulai 01 Julai 2015

Stesen Penyiar: Akasia, TV3

Sinopsis

Syurga Nur posterMengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya, apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here