Tom Hiddleston Dedahkan Peranan Dr. Strange Dalam Thor: Ragnarok

Dalam post-mid credit filem Dr. Strange  yang lalu ada menunjukan yang Thor sedang berbual bersama Dr. Strange yang mana dia juga menggunakan kuasa magiknya untuk mengisi semula beer kedalam mug Thor. Kuasa magik yang dimikili oleh Dr. Strange telah menganggumkan Thor dan scene tersebut memberi hint bahawa, Dr. Strange bakal membuat kemunculan dalam filem Thor: Ragnarok yang akan ditayangkan tahun ini.

Malah, official sinopsis turut mengesahkan yang Dr. Strange akan bersama-sama Thor dan Hulk menghadapi musuh galaksi.

“Thor: Ragnarok in November brings together Thor, the Hulk, and Doctor Strange to face off against intergalactic baddies both familiar and new.”

Bagaimanapun, peranan yang dibawa oleh Dr. Strange tidak diketahui, tetapi, Tom Hiddleston yang membawa watak villian terkenal dalam MCU, Loki telah mengesahkan pembabitan Dr. Strange dan memberi sedikit klu mengenai peranan Dr. Strange dalam filem Thor: Ragnarok. Beliau bercakap semasa di temuramah oleh MTV News semasa hari anugerah Golden Globe.

“Let’s put it this way: Doctor Strange has very intensely cerebral time-bending powers. … At the end of Thor: The Dark World, Loki is on the throne. What happened to Odin? … Maybe Doctor Strange has to help out with that particular conundrum.”

Mungkin Dr. Strange akan menggunakan abiliti magik yang dimiliki olehnya untuk membantu memulihkan Odin dan juga menyertai Thor dan The Hulk dalam menghadapi villian yang juga master dalam ilmu magic dan mistikal iaitu Hela.

Jadi, apapun peranan Dr. Strange dalam filem ini, ia mungkin sangat penting dalam membantu Thor untuk mengenalpasti apa yang terjadi kepada Odin dalam filem The Dark World dan membantunya menghadapi Hela dan menyelamatkan Asgard dari ditawan oleh Loki dan Hela.

 

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *