Donnie Yen Muak Dengan Layanan Hollywood Terhadap Pelakon Asia

0
479
views

Pelakon yang terkenal dengan watak Ip Man, Donnie Yen mengakui, beliau sudah muak dengan layanan Hollywood terhadap pelakon-pelakon Asia.

Jelasnya lagi, pelakon dari Asia hanya diberikan watak kecil yang tidak memberi impak kepada jalan cerita dan sekadar untuk memancing penonton dari benua Asia menonton filem-filem mereka.

“Anda tidak boleh hanya meletakkan pelakon Asia dengan harapan kemunculan singkat mereka dapat memenuhi pasaran Asia. Ini satu gurauan,”

Menurut Astro Awani, Donnie meluahkan perasaannya semasa ditemubual oleh majalah Prestige mengenai wataknya dalam filem Star Wars: A Rogue One. Menurut pelakon tersebut, watak Chirrut Îmwe pada asalnya sangat stereotype sehinggalah dia berbincang dengan penerbit untuk mengembangkan wataknya itu supaya dapat memberi kesan dan ‘jiwa’ dalam filem spin off Star Wars itu.

“Apabila saya menerima watak dalam Rogue One, saya rasa penting untuk saya mengembangkan watak berkenaan supaya kurang klise. Saya tahu mereka mahukan Donnie Yen kerana dia adalah Ip Man. Mereka mahu Ip Man dalam Rogue One.”

Penonton mungkin terhibur dengan gaya lakonannya yang bersahaja Donnie Yen dalam filem Rogue One tetapi pelakon tersebut nyata tidak gembira semasa pertama kali menerima skrip filem berkenaan sehinggalah beliau berbincang dengan penerbit untuk mengubah wataknya dalam filem tersebut.

Selain Rogue One, Donnie Yen juga pernah muncul dalam beberapa filem Hollywood antaranya  xXx: Return of Xander Cage, Blade II dan Shanghai Knights.

Sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here