Doctor Strange Review

1
439
views
Kakimuvee Doctor Strange
Kakimuvee Doctor Strange

Genre: Superhero / Aksi
Pengarah: Scott Derrickson
Penerbit: Kevin Feige
Penulis Skrip: Scott Derrickson, C. Robert Cargill dan Jon Spaihts,
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, dan Tilda Swinton
Syarikat Produksi: Marvel Studios
Edaran: Walt Disney Studios,Motion Pictures

Superhero yang memiliki kekuatan luarbiasa adalah pekara biasa, tapi agak janggal jika ia memiliki kuasa mistik dan magic, seperti yang dimiliki oleh Doctor Strange.

Doctor Strange sememangnya seorang doktor perubatan malah pakar dalam bidang kedoktoran. Seorang bijak, mempunyai intelektual yang tinggi berbanding manusia biasa. Tetapi dia mempunyai masalah personaliti iaitu angkuh, ego dan tidak mempercayai pekara-pekara diluar bidang sains.

Tetapi segalanya berubah apabila Doctor Strange mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Disebabkan kemalangan tersebut, dia mengalami masalah neurologi yang menyebabkan tangan sukar untuk bergerak sedangkan tangannya itulah yang membantu kariernya sebagai seorang doktor.

Marvel's DOCTOR STRANGE L to R: Doctor Stephen Strange (Benedict Cumberbatch) and Christine Palmer (Rachel McAdams) Photo Credit: Jay Maidment ©2016 Marvel. All Rights Reserved.

Putus asa kerana gagal menyembuhkan tangannya, Strange telah pergi sebuah tempat yang terletak berdekatan dengan banjaran Himalaya dengan tujuan untuk memulihkan tangannya itu

Disana dia telah bertemu dengan Ancient One dan telah mengubah presepsinya dalam dunia mistik.

Keinginan dan kesungguhya untuk mempelajari dunia mistik telah menyebabkan Strange dipilih oleh Ancient Onr untuk menjaga dunia dari serangan Dormammu.

dr-strange-movie-review-8

Filem Doctor Strange ini telah mendedahkan satu lagi batu infiniti dalam Marvel Cinematic Universe iaitu Soul Gem, yang mampu mengubah masa lampau. Batu tersebut terletak pada Eye of Agamotto yang dipakai oleh Strange semasa menentang Dormammu.

Setakat ini MCU telah mendedahkan 5 batu Infinity dan Infinity War diantara The Avengers dan Thanos semakin hampir.

doctor-strange-magic

Dalam filem ini juga telah mendedahkan punca Mordo beralih arah menjadi Supervillian. Mordo yang berasa kecewa dengan penipuan Ancient One telah bertindak keluar dari menyertai Strange untuk menjaga dunia. Di akhir kredit ada menunjukan Mordo mengambil balik kuasa yang dimiliki oleh seorang lelaki yang telah pulih dari lumpuh dan menyatakan hasrat untuk memusnahkan legasi Ancient One.

Mid-Post credit juga menunjukan Thor telah berjumpa Strange untuk meminta bantuan Strange mengesan Loki. Mungkin ini signal penglibatan Strange dalam filem Thor: Ragnarok ataupun Infinity War.

Filem Doctor Strange ini telah menukar dimensi peminat filem MCU yang selama ini disajikan dengan aksi fizikal dan kemajuan teknologi dikalangan superhero The Avengers apabila menentang musuh-mush mereka. Fasa ke-3 MCU nampak semakin menarik selepas kemunculan superhero baru, iaitu Doctor Strange.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here