Doctor Strange Mungkin Memulakan Penggambaran Pada 2019?

0
17
views

Berita ini belum disahkan lagi, tetapi khabar angin mengatakan, sekuel Doctor Strange bakal memulakan penggambaran pada musim bunga tahun hadapan.

Sebelum ini, presiden Marvel Studio, Kevin Fiege mendedahkan sekuel Doctor Strange antara filem-filem Marvel fasa 4 yang bakal dihasilkan. Selain itu juga, terdapat laporan menyebut beberapa filem fasa 4 Marvel akan memulakan produksi mereka pada musim panas 2019 di United Kingdom. Antara yang disebut-sebut adalah filem Doctor Strange, Black Widow dan The Eternals. 

Bagaimanapun, laporan yang didedahkan laman web CBR.Com menyebut, penggambaran filem Doctor Strange 2 akan bermula lebih awal iaitu pada musim bunga tahun hadapan. Jika laporan yang didedahkan itu tepat, ia akan menjadikan filem kedua fasa 4 Marvel yang akan memulakan produksi selepas filem Spider-Man: Far From Home. 

Dalam filem Avengers: Infinity War yang lalu, Doctor Strange merupakan salah seorang adiwira yang menjadi mangsa kepada Thanis. Walaupun karakternya dimatikan dalam filem tersebut, Doctor Strange dijangkakan akan kembali hidup dalam filem Avengers 4 yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here