Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Doctor Strange Memainkan Peranan Adam Warlock Dalam Filem Avengers: Infinity War


Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai adaptasi filem Avengers: Infinity War mungkin berdasarkan dari sebuah siri komik Marvel yang berjudul The Infinity GauntletThe Infinity Gauntlet mengisahkan tentang superhero Marvel termasuklah Adam Warlock yang mahu menghentikan Thanos dari menguasai galaksi selepas villain tersebut memiliki kesemua Infinity Gem.

Walaupun tidak sama seperti versi komik terutamanya dari segi karakter, Avengers: Infinity War telah mengambil beberapa bahagian dari komik The Infinity Gauntlet untuk dijadikan sumber rujukan mereka dalam membina plot filem Infinity War. Salah satunya adalah karakter dan plot Doctor Strange yang dilihat mirip seperti yang dilakukan oleh Adam Warlock dalam komik The Infinity Gauntlet.

*AMARAN ARTIKEL INI MENGANDUNGI MAJOR SPOILER UNTUK FILEM AVENGERS: INFINITY WAR*

Semasa Doctor Strange berada di Planet Titan bersama-sama Iron Man, Spider-Man dan Guardians of the Galaxy, dia telah menggunakan kuasa dari Time Stone untuk melihat ke masa hadapan bagi mencari jalan untuk menewaskan Thanos. Bagaimanapun, dari 14 juta masa hadapan yang dilihat Doctor Strange, hanya satu sahaja visi yang menunjukkan mereka berjaya menewaskan Thanos.

Kemudian, ketika babak Thanos ingin membunuh Tony Stark, Doctor Strange melakukan satu tindakan diluar jangkaan, iaitu menyerahkan Time Stone kepada Thanos dengan syarat Thanos tidak membunuh Tony Stark. Semestinya, kita merasa pelik kerana diawal filem Doctor Strange bersungguh-sungguh mahu melindungi Time Stone.


Dipenghujung filem, Doctor Strange adalah salah seorang superhero yang turut menerima kesan dari petikan jari Thanos. Sebelum lenyap, dia sempat berkata “It was the only way,” kepada Tony sebelum dia hilang bersama-sama separuh dari kehidupan di galaksi termasuklah superhero-superhero lain.

Versi komik The Infinity Gauntlet, Thanos telah membunuh separuh dari populasi diseluruh kosmos. Atas sebab itu, kesemua superhero Marvel telah bergabung dan menyerang Thanos dengan panduan & bantuan dari Adam Warlock. Adam Warlock mempunyai pengentahuan yang cukup luas mengenai Infinity Germ dan dia turut mempunyai hubungan kuat dengan Soul Germ. Kelebihan itu telah membolehkan Adam Warlock melihat kedalam jiwa Thanos dan seterusnya membiarkan Thanos membunuh separuh dari superhero Marvel.

Namun begitu Thanos akhirnya telah dapat ditewaskan selepas Nebula berjaya mencuri Infinity Gauntlet darinya, Adam Warlock kemudian mendedahkan kepada Thanos bahawa dia sebenarnya tidak layak untuk memiliki kuasa dari Gauntlet tersebut dan kekalahannya telahpun ditentukan.

Berdasarkan kedua-dua storyline diatas, jelas sekali Doctor Strange telah memainkan peranan yang sama seperti yang dilakukan Adam Warlock dalam menentukan kekalahan Thanos. Dia yang telah melihat ke masa hadapan mendapati dengan cara menyerahkan Time Stone dan membiarkan separuh populasi galaksi termasuk superhero dilenyapkan adalah cara untuk mereka menewaskan Thanos. Ia berdasarkan dialog terakhirnya kepada Tony sebelum lenyap.

Avengers: Infinity War kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee