Disney+ Bakal Hasilkan Siri Rocket Raccoon & Groot?

0
8
views

Selepas beberapa karakter dari filem Marvel bakal mendapat siri mereka sendiri menerusi platform ‘streaming’ Disney+, karakter dari filem Guardians of the Galaxy iaitu Rocket Raccoon dan Groot dikhabarkan akan turut mempunyai rancangannya sendiri.

Menurut sumber dari portal The Hashtag Show, siri spin-off Guardians of the Galaxy yang melibatkan karakter Rocket Raccoon dan Groot mungkin akan dihasilkan selewat-lewatnya pada tahun 2022. Bagaimanapun menurut laman portal itu lagi, berita ini masih belum disahkan.

Platform Disney+ sebelum mengumumkan beberapa siri spin off dari filem Marvel akan dihasilkan antara Loki yang akan menyaksikan Tom Hiddleston kembali membawakan wataknya. Manakala Sebastian Stan dan Anthony Mackie akan bergabung siri Winter Soldier and The Falcon dan Elizabeth Olsen serta Paul Bettany dijangka kembali untuk membawakan watak masing-masing dalam siri Scarlet Witch and The Vision

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here