Den Of Thieves (2018) Review

0
608
views

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Jenayah / Drama
Durasi: 2 Jam 20 Minit
Edaran: GSC Movies
Pelakon: Gerard Butler, 50 Cent, Pablo Schreiber, O’Shea Jackson, Jr., Evan Jones
Pengarah: Christian Gudegast

Filem aksi Den Of Thieves ini mengisahkan tentang sebuah bandar yang selalu mengalami kes rompakan. Sama ada rompakan di kedai kedai biasa atau rompakan berprofil tinggi seperti yang ditonjolkan dalam filem ini. Dalam setiap rompakan yang dilakukan dirancang dengan teliti dan mempunyai taktikalnya yang tersendiri. Oleh kerana perompak merupakan satu kumpulan yang tersusun maka mereka berhadapan dengan sekumpulan polis yang sememangnya digeruni dalam negara tersebut.

Kisah bermula dengan rompakan sebuah van keselamatan yang kosong dan ini menghairankan pihak berkuasa akan tindakan kumpulan perompak tersebut. Siri rompakan seterusnya diteruskan lagi dengan beberapa rompakan di bank dan hal ini telah dicampuri oleh anggota polis yang ditugaskan untuk menyiasat mereka. Demikian itu, ketua kumpulan perompak ini telah mengambil langkah berjaga jaga dalam setiap rancangan yang telah diambil untuk melakukan rompakan.

Kisah antara polis dan perompak ini lebih menarik dengan wujudnya individu yang mengenali kedua dua belah pihak ini. Oleh kerana beliau mengenali anggota perompak tersebut. Pihak polis telah menahan beliau untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi membantu siasatan dan ini telah meletakkan nyawa beliau dalam keadaan bahaya kerana hampir dibunuh oleh ketua kumpulan perompak tersebut.

Secara jujurnya filem ni bukanlah filem yang padat dengan aksi. Bunyi senapang dapat dinikmati oleh penonton seawal babak pertama filem ini ditayangkan dan diheret dengan drama dan konflik sehingga 20minit terakhir filem ini. Pembinaan watak dalam filem ini juga sedikit lemah bagi sesetengah watak namun itu tidak menjejaskan “feeling” menonton filem ini.

Perjalanan jalan cerita yang boleh dikatakan perlahan juga antara faktor penyumbang “kebosanan” kepada penonton. Disamping konflik watak utama dengan ahli keluarganya, penonton juga dihidangkan dengan konflik antara pihak polis dan juga kumpulan perompak itu tadi.

Sepertimana yang telah diberitahu pada awal ulasan, filem ini tidak memadatkan plotnya dengan pelbagai aksi sehinggakan ada beberapa babak yang kelihatan seperti silent movie yang hanya memaparkan gerak geri pelakon dan mimik mukanya sahaja tanpa ada sebarang muzik latar.

Walaupun begitu, plot twist yang diberikan dalam filem ini agak tidak dijangka secara keseluruhannya.

Rating Kakimuvee 6.5/10

Den Of Thieves (2018) Review

0.00
6.5

AKSI / DRAMA

6.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

7.0/10

PLOT / CERITA ASAL

6.5/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

6.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here