Deadpool Review

0
282
views

deadpool-movie-reviews

Deadpool aka Wade Wilson satu lagi karakter utama Marvel yang difilem oleh 20th Century Fox & Marvel Entertainment. Mula ditayangkan pada 11 Februari yang lalu kini dikatakan telah mencapai kutipan Box Office di US dan beberapa buah negara lain.

Filem adiwira ini boleh dikatakan lain daripada yang lain dan sangat berbeza dengan filem-filem karakter Marvel yang lain seperti The Avengers, Iron Man, X-Men dan lain-lain lagi. Ini disebabkan filem tersebut lebih sesuai untuk ditonton oleh golongan dewasa sahaja memandangkan terdapat babak-babak yang agak ganas dan keterlaluan dah juga pengunaan bahasa yang cukup kasar.

Walaupun filem ini di rate sebagai 18tahun keatas, ianya tidak menghalangnya mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan. Malah ramai memuji filem ini menarik malah humor-humor yang dihasilkan oleh Ryan Reynold cukup mencuit hati.

deadpool-gallery-05

Filem ini mengisahkan Wade Wilson, seorang askar upahan yang mengidap barah hati terpaksa menerima tawaran dari sebuah organisasi yang boleh membantu merawat penyakitnya. Namun tawaran yang diberikan sebenarnya palsu kerana organisasi tersebut sebenarnya melakukan experiment terhadap manusia untuk menghasilkan seorang individu yang sangat berkuasa tetapi tunduk kepada tuannya.

Sedar terhadap niat jahat organisasi tersebut, Wade melarikan diri setelah mendapat kuasa hasil daripada experiment tersebut. Namun disebabkan experiment tersebut, Wade telah menjadi seorang lelaki yang sangat menakutkan dan tekad memburu lelaki yang bertanggungjawab mengubah kehidupannya.

Bagaimanapun, asal usul Deadpool ini sedikit berbeza dengan asal usul Deadpool dalam filem X-Men: Origin, namun masih mengekalkan asal usul utama Deadpool, iaitu melalui experiment.

deadpool-gallery-07-gallery-image

Dalam filem ini anda boleh lihat beberapa element yang boleh mengaitkan filem ini dengan filem X-Men antaranya Kapal Terbang Blackbird, rumah agam Profesor X dan juga beberapa karakter X-Men seperti Colossus. Malah Profesor X juga disebut dalam filem ini.

Jika anda yang telah menonton filem ini pasti tertanya-tanya, adakah Helipad, tempat Deadpool dan Alex/Francis bertarung milik S.H.E.I.L.D seperti dalam filem Avengers? Jawapannya tidak, kerana menurut pengarah filem, Tim Miller, ianya bukan milik S.H.E.I.L.D. malah beliau turut memberitahu, Helipad tersebut berbeza seperti dalam filem The Avengers.

deadpool-gallery-03

Filem Deadpool boleh dikatakan kejayaan terbaru bagi karakter Marvel. Tim Miller dan Ryan Reynold berjaya menghasilkan filem yang cukup berkualiti dan bersahaja. Malah karakter Deadpool sama seperti didalam komik, gila-gila, kelakar tapi tidak berperikemanusiaan.

Tim, Ryan & krew mereka berjaya menghasilkan hero baru bagi peminat-peminat filem Marvel. Jika sebelum ini mereka disajikan dengan Hero yang betul-betul baik, kini mereka disajikan dengan hero yang agak gila-gila & kelakar.

Diharap, filem Deadpool akan datang tidak mengecewakan. Dengar kata, Salah satu karakter Mutant akan dibawa masuk iaitu Cable. Harap-harap Deadpool tidak berbohong dalam hal ini kerana, Cable adalah salah satu karakter kegemaran peminat X-Men.

stanlee-deadpool-168874

Oh ya! Sebelum artikel ini sampai ke penghujung, siapa perasan founder karakter Marvel Stan Lee dalam filem ini? 🙂

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here