DC Extended Universe Bukanlah Tajuk Rasmi Warner Bros. Anda Semua Tertipu Selama Ini.

0
15
views

Berdasarkan artikel kami sebelum ini, Warner Bros. dilaporkan telah membuat perancangan baru terhadap filem-filem DC yang bakal dikeluarkan pada masa hadapan. Filem-filem standalone kini bebas untuk menghasilkan jalan ceritanya sendiri tanpa perlu terikat dengan kesinambungan DC Extended Universe. Kini berita terbaru yang kami baca di laman web comicbookmovie.com, DC Extended Universe sebenarnya bukanlah tajuk rasmi yang digunakan oleh Warner Bros. dalam menghasilkan filem-filem DC.

Menurut laman web itu juga, penggunaan “term” DCEU sebenarnya adalah sekadar gurauan penulis laman web Entertainment Weekly dalam artikelnya yang dikeluarkan pada tahun 2015. Jadi, individu pertama yang menamakan universe DC sebagai DC Extended Universe adalah Keith Staskiewicz, penulis artikel “First Look at “Batman V Superman: Dawn of Justice” on EW’s Cover

Baca pendedahan penggunaan tajuk DCEU oleh penulis laman web Vulture yang dkeluarkan melalui laman Twitter miliknya

Selama ini kita menyangka, Warner Bros. menamakan tajuk universe mereka sebagai DC Extended Universe sepertimana Marvel menamakan cinematic universe mereka sebagai Marvel Cinematic Universe (MCU), sebaliknya bukan. Jadi secara rasminya, universe filem DC masih belum mempunyai tajuk, mungkin mereka boleh meniru pendekatan Marvel dengan menamakan tajuk universe mereka sebagai DC Cinematic Universe atau DCCU

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here