DC Batal Perancangan Filem Deadshot Dan Lobo?

0
185
views

Memang sukar untuk menjangkakan perancangan filem-filem superhero terbitan DC dan Warner Bros. Walaupun mereka merancang pelbagai siri filem dimasa hadapan, perancangan tampak samar-samar dan juga terdapat beberapa filem yang telah ditangguhkan pembikinannya atas sebab-sebab tertentu.

Selepas Justice League masih gagal untuk memperbaiki prestasi filem-filem DC (kecuali Wonder Women), pihak studio dilihat merancang semula filem-filem yang bakal dihasilkan. Yang terbaru, sumber dari laman web Movieweb.com melaporkan dua filem DC akan datang iaitu Deadshot dan Lobo mungkin tidak akan dihasilkan atau dalam erti kata lain, dibatalkan.

Menurut Movieweb.com (via Discussing Film) Will Smith tidak akan berlakon dalam filem Deadshot, sebaliknya akan muncul dalam filem sekuel Suicide Squad 2 yang dipercayai akan memulakan penggambarannya tahun hadapan.

Sementara itu, penulis The Splash Report melaporkan penghasilan filem Lobo juga dibatalkan. Walaubagaimanapun, sebab ked-dua filem itu dibatalkan tidak dinyatakan. Mungkin ia dikaitkan dengan pelantikan Walter Hamada sebagai ketua division DC.

Setakat ini, hanya beberapa filem DC dalam proses pembangunan, antaranya Nightwing, Batgirl, Gotham City Sirens, Joker Origin dan filem spin off  Harley Quinn.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here