David Teo Bakal Terbitkan Filem Terbaru

0
31
views

MIG Pictures bakal memeriahkan industri perfileman tempatan apabila bakal menerbitkan beberapa filem terbaru pada tahun hadapan.

Pekara tersebut didedahkan sendirioleh Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo yang sudah mengesahkan beberapa judul filem yang bakal diterbitkan.

Antara filem yang akan diterbitkan adalah Jangan Pandang Belakang 2, Congkak 2, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Adnan Sempit. 

Menurut David Teo, keputusan menghasilkan beberapa sekuel disebabkan mereka melihat kejayaan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2 yang berjaya disebabkan kejayaan filem pertama mereka.

“Saya percaya filem apa yang berjaya ketika ini adalah kebanyakan filem yang sudah ditayangkan dulu seperti Hantu Kak Limah dan Munafik yang pernah meraih kutipan pecah panggung dahulu.

“Penjenamaan kena ada, tak boleh buat satu ‘branding’ baru seperti Langsuir. Kita perlu tengok trend apa yang penonton suka tapi saya bukan nak buat satu atau dua filem setahun, sebaliknya lebih banyak,”

David akan meneruskan pendirian untuk menghasilkan banyak filem dalam tempoh setahun kerana mahu membantu industri filem tempatan.

Mengikut perancangannya, dia akan menerbitkan enam buah filem terlebih dahulu dan sekiranya mendapat sambutan positif daripada penonton, pihaknya akan cuba menerbitkan 12 buah filem pula dalam tempoh setahun.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here