Datuk Boy Iman Yakin Filem Blok 404 Mampu Kutip RM 5 Juta

0
2150
views
Sumber Gambar: Astro Gempak

Walaupun dilanda kontroversi dan tanpa promosi, penerbit filem Blok 404, Datuk Boy Iman yakin filem terbitan syarikatnya, DBI Entertainment Sdn Bhd mampu mencapai kutipan yang disasarkan itu sebanyak RM5 juta.

Menurutnya, keyakinan itu disuarakan berdasarkan sambutan yang hangat daripada peminat lebih-lebih lagi daripada mereka yang menonton DVD Blok 404 dahulu.

Berkata kepada laman hiburan KopiPlanet.com, Datuk Boy Iman memberi jaminan bahawa filemnya akan menampilkan lebih aksi cemas berbanding filem yang pernah ditonton oleh peminat. Selain itu juga, populariti barisan pelakon filem Blok 404 juga mampu menarik para penonton.

“Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan daripada peminat kerana saya berani jamin filem ini sangat berbeza daripada filem aksi cemas yang pernah kita lihat sebelum ini. Filem ini turut membariskan lebih kurang 14 pelakon popular tanah air yang mana masing-masing mempunyai pengikut mereka sendiri. Saya sasar kutipan RM5 juta dan diharap filem ini boleh jadi fenomena seperti zaman DVD 17 tahun lalu,”

Selain itu juga, menurut Boy Iman, kontroversi yang melanda pada dirinya tidak akan menjejaskan sambutan filem Blok 404, malah ia dianggap sebagai publisiti yang akan membantu penjualan filem ini.

“Bagi saya kontroversi adalah sebaik-baik publisiti. Saya berharap kontroversi itu sedikit sebanyak membantu jualan filem ini.”

Blok 404 diarahkan oleh Isma Yusoff serta dibintangi oleh Amar Asyraf, Risteena Musnim, Raja Azri, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Adrea Abdullah dan Zamarul Hisham. Ia turut menyaksikan penampilan khas Fasha Sandha, Kamal Adli dan Kilafairy.

Filem yang menelan belanja RM800,000 ini telah mula ditayangkan mulai hari ini (28 Jun) di 59 buah pawagam seluruh tanah air.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here