Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dato’ Aliff Syukri Bawa Watak Superhero Badang


Sumber Gambar: Rotikaya

Pengasas produk D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri mengakui terpaksa memujuk isterinya untuk mendapatkan kebenaran berlakon dalam filem adiwira berjudul “Badang” arahan Dato’ Profesor Dr. A Razak Mohaideen.

Menurut Dato’ Aliff yang popular dengan jolokan nama Abang Terlajak Laris, beliau meminta kebenaran isterinya terlebih dahulu kerana merasakan rezeki bukan sahaja datang daripadanya sebaliknya datang daripada isteri dan juga anak-anaknya.

“Pada mulanya apabila saya dapat tawaran berlakon itu dapat tentangan jugalah daripada isteri saya tetapi Alhamdulillah selepas memujuknya untuk beberapa bulan akhirnya dia memberi lampu hijau.

“Apabila isteri sudah setuju, saya terus ambil kelas lakonan di bawah Cikgu Zack dan Ellie Suriati untuk memantapkan lagi lakonan saya,” katanya yang ditemui pada majlis doa selamat dan bacaan skrip “Badang” di INTEKMA Resort, Shah Alam baru-baru ini.

sumber gambar: Instagram Dato Aliff Syukri

Bercerita lanjut mengenai tawaran berlakon yang diterima, Aliff mengakui agak terkejut apabila ditawarkan untuk berlakon dan keberatan untuk menerima tetapi akhirnya bersetuju kerana beliau sememangnya memasang impian untuk menjadi pelakon.


Pada masa sama ahli perniagaan berusia 30 tahun ini berkata peluang yang diberikan oleh produksi tidak akan disia-siakannya dan beliau akan memberikan yang terbaik.

Dalam filem “Badang”, Aliff akan membawa watak utama sebagai Bad dan bergandingan dengan pelakon hebat Fasha Sandha selain menampilkan Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi dan ramai lagi.

Sementara itu, Aliff berkata beliau akan mengambil cuti selama dua bulan dari perniagaannya untuk memberi tumpuan kepada penggambaran filem yang akan bermula pada 15 Januari ini.

Filem adiwira terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings ini menampilkan tentang kisah klasik Melayu diberi nafas baru dan sentuhan moden dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini.\

sumber: cinema.com.my


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee