Daniel Craig Sah Bintangi Filem Ke-25 James Bond

0
55
views

Selepas berteka-teki sama ada Daniel Craig akan kembali membintangi filem ke-25 James Bond selama berbulan-bulan, akhirnya telah disahkan bahawa pelakon British tersebut akan kembali membawa watak James Bond dalam filem akan datang.

Berita itu disahkan sendiri oleh pelakon terbabit selepas memberitahu dalam rancangan The Late Show with Stephen Colbert pada malam yang lalu. Ini merupakan filem kelima Daniel Craig dalam franchise James Bond.

Sebelum ini, penerbit Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli mengumumkan akan menghasilkan filem ke-25 James Bond dan bakal ditayangkan pada 8 November 2019. Bond 25 akan ditulis oleh Neal Purvis dan Robert Wade, penulis skrip untuk filem James Bond terdahulu iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.

Tinggal kerusi pengarah sahaja yang belum diumumkan oleh pihak produksi. Namun beberapa nama telah disebut-sebut akan mengarahkan filem ini, antara yang berada dalam senarai teratas adalah Christopher Nolan dan pengarah filem Baby Driver, Edgar Wright.

Bond 25 masih belum mempunyai tajuk rasmi, segala berita terbaru filem ini akan kami bawakan dari semasa ke semasa.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here