Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Daniel Craig Kembali Bawakan Watak Bond Dalam Filem Terbaru


Aktor Daniel Craig dan pengarah filem, Danny Boyle bakal bekerjasama dalam filem aksi perisik, James Bond buat kali kelima! Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2019 dengan Universal Pictures dilaporkan akan memegang hak pengeluaran filem ke-25 mengenai perisik Britain terkenal, James Bond.

Daniel Craig sebelum ini pernah mengumumkan tidak akan membawa watak James Bond pada filem akan datang. Malah beliau juga pernah berkata bahawa beliau lebih sanggup mengerat tangannya daripada memainkan watak itu sekali lagi.

Bagaimanapun, keputusan terbaru aktor tersebut baru-baru telah mengejutkan ramai peminat James Bond dengan keputusan memainkan watak perisik licik itu.

Menurut Michael G. Wilson dan Barbara Brocolli dari EON Productions, filem ini akan memulakan penggambaran pada Disember di Pinewood Studios bersama rakan kongsi, MGM.

Menurut Presiden kumpulan di MGM, Jon Glickman, “sudah hampir 16 tahun sejak’ Die another Day diedar oleh MGM dan ia sangat memuaskan kerana MGM akan mengedarkan filem ini bersama kumpulan Universal.”


Pada Mac, Boyle yang berusia 61 tahun itu telah menerbitkan satu teaser di media sosial yang menyatakan dia sedang meneliti skrip filem perisik itu.

Craig sebagai perisik pernah membintangi Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

Kaki Judi Bertaruh Siapa Akan Jadi James Bond Seterusnya, Henry Cavill Pilihan Utama

Kakimuvee