Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Akan DatangArkibBeritaTrivia

Daniel Craig dilaporkan sah akan kembali sebagai James Bond


Daniel Craig sudah bersedia untuk kembali memainkan peranannya sebagai ikon James Bond di Bond 25 selepas dilaporkan mencapai perjanjian dengan pengeluar filem tersebut, Barbara Broccoli. Khabar angin telah berputar mengenai kembali Craig untuk filem kelimanya sebagai Bond, walaupun selepas dia menyatakan bahawa dia sanggup “memotong pergelangan tangannya” daripada melakukan satu lagi filem Bond selepas Specter 2015.

Berita ini datang melalui The Mirror U.K. yang melaporkan bahawa Daniel Craig dan Barbara Broccoli telah mencapai kata sepakat dan filem itu boleh mula penggambaran tahun depan untuk keluaran 2019. Sumber tersebut juga mengatakan bahawa isteri Craig, Rachel Weisz adalah “kata putus” untuk beliau menghabiskan masa penggambaran Bond 25 selama setahun, lokasi penggambaran akan dilakukan di Croatia.

Neal Purvis dan Robert Wade kembali menulis Bond 25. Di samping itu, Daniel Craig telah menyatakan sebelum ini bahawa beliau akan kembali jika ‘gaji’ yang ditawarkan menepati citarasanya, lagipun Daniel Craig dikhabarkan masih di bawah kontrak untuk Bond 25.

Berita kembalinya Daniel Craig masih dalam spekulasi pada saat ini. Tidak ada kata rasmi dari Barbara Broccoli atau Daniel Craig, juga tidak ada studio yang mengumumkannya, meskipun Warner Bros dikhabarkan sudah melalui persetujuan bersama Syncopy Christopher Nolan. Jika spekulasi ini benar, kita akan melihat James Bond 25 segera pada tahun 2019 bersama Daniel Craig kembali sebagai 007 buat kali kelima dan untuk terakhir kalinya.