Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dakwaan Menyeleweng, Finas Tidak Kompromi Mana-Mana Pihak


 

Sumber Gambar: Astro Awani

Selepas kerajaan BN ditumbang, para pengiat seni mula lantang mempersoalkan tentang ketidaktelusan pemberian dana kerajaan kepada penggiat seni yang diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Disebabkan dakwaaan tersebut, Finas menyatakan bahawa mereka memandang serius terhadap dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam melindungi isu ketirisan pengurusan dana yang disalurkan kepada penggiat seni tempatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Fauzi Ayob telah mengeluarkan kenyataannya baru-baru ini dan berkata akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab melakukan penyelewangan.

“Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan organisasi akan diambil tindakan tegas,” 

Beliau mengulas lanjut laporan eksklusif dari Astro Gempak berjudul [Eksklusif]: Dana Finas Tidak Diberikan Secara Telus Pada Penggiat Seni, Produser Jumpa Pegawai Atasan Kerajaan Di Hotel yang disiarkan pada 1 Jun lalu.


Ujarnya, beliau memandang serius terhadap perkara dan dakwaan yang dikemukakan dalam artikel tersebut.

“FINAS ingin memohon kerjasama dari semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat dan juga asas bukti yang kukuh untuk tampil ke hadapan bagi memudahkan FINAS mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Senarai Kutipan Filem Tempatan Bagi Separuh Tahun Pertama 2023

Kakimuvee

Ahli Lembaga & Kroni Dapat Geran, Kerajaan Berhasrat Mahu Pinda Akta FINAS

Kakimuvee

FINAS Tidak Luluskan Tayangan Filem PULAU, Tapi Boleh Batalkan Lesen

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Mat Kilau: Gagal Letak Logo, Finas Rujuk Peguam

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee