Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Cucu Bekas Pelakon Teruskan Tradisi Keluarga Kahwin Lari


dakota-johnson

Pelakon veteran Tippi Hedren merasakan cucunya, aktres Dakota Johnson akan kahwin lari seperti mana yang pernah dilakukan dia dahulu dengan suaminya, Peter Griffith.

Tippi yang juga ibu kepada pelakon terkenal Melanie Griffith dalam satu temubual memberitahu dia tidak terkejut sekiranya Dakota bertindak sedemikian kerana ia seperti satu tradisi dalam keluarganya.

“Bukan saya sahaja yang berkahwin lari tetapi Melanie (ibu Dakota) juga melakukan perkara sama, jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan jika cucu saya buat perkara yang sama.

“Saya teringat ketika Melanie kahwin lari dengan bekas suaminya, Don dan saya hanya mengetahuinya menerusi panggilan telefon dan saya menangis kerana tidak merestui hubungan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Dakota dalam satu temubual pula berkata, ada kemungkinan dia akan berkahwin secara rahsia seperti mana dilakukan oleh nenek dan ibunya sebelum ini.


“Saya harus teruskan tradisi ini dan jika perkahwinan itu tidak menjadi, saya akan lakukannya sekali lagi secara rahsia,” katanya.

Dakota Johnson adalah aktress yang pernah membintangi beberapa filem terkenal antaranya 50 Shades of Grey & Social Network

sumber: mStar


Related posts

Madame Web Digambarkan “Lebih Thriller Berbanding Aksi”

Kakimuvee

Dakota Johnson Akan Bawa Watak Madame Web Dalam Filem Terbaru Sony MCU

Kakimuvee

Fazura Nafi Menjadi Punca Kepada Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin

Is Mohd

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee