It Comes At Night (2017) Review

0
17
views

*Review ini mengandungi major spoiler untuk filem It Comes At Night. 

Klasifikasi filem: R/18

Kebiasaanya filem-filem yang berlatarbelakangkan era post-apocalypse akan memaparkan survival karakter yang cuba menyelamatkan diri dari penyakit atau dibunuh makhluk-makhluk seperti zombi, tetapi filem It Comes At Night arahan Terry Edward Shults memberi sedikit kelainan kepada penonton yang gemarkan filem-filem yang bertemakan post-apocalypse.

Filem bergenre misteri thriller ini mengisahkan sebuah keluarga, iaitu Paul dan Sarah bersama anaknya Travis yang cuba untuk hidup ditengah-tengah bencana yang sedang melanda bumi pada waktu itu. Mereka mengasingkan diri dan tinggal ditengah hutan bagi mengelakkan terkena jangkitan virus yang akan menyebabkan mangsa mati dalam tempoh 24 jam.

Sedang menjalani hari-hari biasa, mereka tiba-tiba dikejutkan dengan seorang penceroboh yang memecah masuk kedalam rumah mereka. Setelah disiasat, lelaki tersebut adalah Will yang terdesak untuk mencari bekalan untuk keluarganya yang tinggal ditempat lain. Atas dasar kemanusiaan, Paul dan Sarah mengambil keputusan untuk menerima keluarga Will tinggal bersama mereka. Kedua-dua keluarga tersebut kemudiannya bekerjasama untuk survive dan mempertahankan tempat tinggal mereka dari ancaman luar. Namun sebenarnya, ancaman mereka bukan dari luar, tetapi dalam rumah itu sendiri.

Bagi yang tidak gemarkan filem yang “slow pace”, filem It Comes at Night tidak sesuai untuk anda kerana perjalanan filem ini sangat perlahan dari mula sehinggalah ke penghujung cerita. Elemen surprise dan thrill juga tidak begitu banyak, dan hampir keseluruhan perjalanan filem ini menunjukkan perjalanan hidup survival kedua-dua keluarga ini.

Namun klimaksnya agak menarik untuk ditonton apabila berlaku tragedi yang begitu menyayat hati dalam kumpulan mereka dan meninggalkan seribu persoalan kepada penonton tentang apa sebenarnya yang terjadi. Plotnya juga agak straight foward dan diselitkan sedikit mimpi-mimpi bagi menganggu konsentrasi penonton kepada storytelling filem ini. Di babak penghujung filem ini agak disturbing dan membuatkan penonton berfikir sejenak mencari punca kepada konflik antara kedua-dua keluarga tersebut.

Cerita asalnya juga boleh dikatakan agak fresh kerana ia tidak seperti filem-filem bertemakan post-apocalypse yang cliche dengan aksi berlawan dengan zombie dan sebagainya. Lakonan para aktor juga sangat berkesan dan menjadi dan filem ini menunjukan sifat sebenar manusia jika berlaku bencana besar dimana mereka rela melakukan apa sahaja termasuk membunuh demi keselamatan keluarga.

Secara keseluruhan, It Comes at Night sangat sesuai untuk mereka yang ingin kelainan dalam menonton sesebuah filem post-apocalypse. Cuma, anda dinasihatkan untuk ketepikan jangkaan akan ada banyak aksi dan thriller kerana filem ini tidak memaparkan banyak elemen-elemen tersebut.

Rating: 7/10

It Comes At Night

0.00
It Comes At Night
7

SERAM / THRILLER

6.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECT

6.0/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / PRAKTIKAL EFFEK

7.0/10

LAKONAN AKTOR / KARAKTER

8.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here