Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Comcast Dilaporkan Bersedia Untuk Membida Fox


Comcast Corp telah mengesahkan bahawa mereka sedang bersedia untuk membuat tawaran “besar” untuk membeli sebahagian besar 21st Century Fox, yang mungkin akan menggagalkan percubaan Walt Disney Co. untuk membeli aset yang sama.

Sebelum ini Comcast pernah cuba untuk membeli Fox pada bulan Disember tahun lepas sebelum Disney membuat tawaran $52.4 bllion kepada Fox. Kini, syarikat induk NBCUniversal itu kembali ke persaingan untuk membeli Fox dengan membuat tawaran tunai.

Menurut laman web Comicbook.com (via The Hollywood Reporter), syarikat tersebut kini dalam peringkat seterusnya untuk membeli aset-aset Fox yang telah dijual kepada Disney tahun lepas. Malah Comcast juga dilaporkan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak melebihi apa yang ditawarkan Disney dan membayar yuran penamatan.

“Comcast Corporation confirms that it is considering, and is in advanced stages of preparing, an offer for the businesses that Fox has agreed to sell to Disney (which do not include the Fox News Channel, Fox Business Network, Fox Broadcasting Company and certain other assets),”

“Any offer for Fox would be all-cash and at a premium to the value of the current all-share offer from Disney. The structure and terms of any offer by Comcast, including with respect to both the spin-off of ‘New Fox’ and the regulatory risk provisions and the related termination fee, would be at least as favorable to Fox shareholders as the Disney offer.” – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Comcast.


Buat masa ini, tiada keputusan dibuat oleh Comcast, namun jika syarikat tersebut membuat tawaran rasmi, akan berlaku perang bidaan antara Disney dan Comcast dan menyebabkan perjanjian Disney sebelum ini untuk memiliki Fox berada dalam keadaan bahaya.

Sebelum ini, pembelian Fox oleh Disney telah menggembirakan peminat filem-filem Marvel Cinematic Universe kerana karakter-karakter Marvel milik Fox dikatakan akan diletakkan dibawah Marvel Studios, syarikat penerbitan filem milik Disney, namun jika Comcast mula membuat tawaran kemungkinan besar impian peminat untuk melihat kesemua watak Marvel dibawah satu bumbung akan berkubur begitu sahaja.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee