My Coffee Prince (2017)

0
46
views

My Coffee Prince Astro

Mula Tayangan : 27 November 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis Jam 10.00 malam
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Terbitan : Cune Film Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari dan ramai lagi

Sinopsis

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here