Cody Walker Berlakon Dalam Filem Fast 8?

0
247
views

fast-furious-8-paul-walker

Kehilangan orang tersayang adalah sangat memeritkan ditambah pula apabila seseorang itu terpaksa berpura-pura menjadi orang yang telah tiada. Itulah situasi yang berlaku pada adik mendiang Paul Walker, bintang filem Fast & Furious, Cody Walker apabila diminta untuk menjadi abang supaya proses penggambaran filem Furious 7 dapat disiapkan.

Cody dengan berat hati bersetuju untuk membawa watak yang dimainkan oleh abang dan berjaya membawa watak Brian O’Conner buat kali terakhir.

Walaupun karakter O’Conner telah di”mati”kan dalam filem Furious 7, terdapat desas desus mengatakan yang Cody akan kembali membawa karakter yang dimainkan oleh mendiang abangnya dalam filem terbaru akan datang iaitu Fast 8. 

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh penerbit filem apabila mengatakan bahawa sekuel ini akan diteruskan tanpa karakter tersebut. Malah pihak Universal Pictures juga mengeluarkan kenyataan bahawa Cody tidak akan terlibat dalam pembikinan filem Fast 8 dan watak Brian O’Conner juga tidak akan dikembalikan.

Vin-Diesel-and-Paul-Walker-in-Fast-and-Furious-4

Filem terbaru siri Fast & Furious ini telah pun memulakan proses pre produksi dan dijangkan akan memulakan pengambaran di sebuah bandar di Iceland tidak lama lagi. Pihak produksi menjanjikan filem ini akan lebih aksi dan bakal menampilkan letupan-letupan terbesar sepanjang siri filem ini.

Aktor yang turut sama dalam filem Fast 8 ini seperti Van Diesel, Dwen Johnson dan Jason Statham bakal memberi impak besar dalam filem ini. Sementera, pengarah filem F. Gary Gray yang mengambil alih tugas pengarah Furious 7, James Wan turut menjanjikan kelainan dalam filem terbaru ini nanti.

Fast 8 akan menemui penonton pada Julai 2017 akan datang.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here