Civil War Kuasai Kutipan Tiket Box Office

0
218
views

captain_america__civil_war___poster_landscape_by_superdude001-d8blu8b

Filem Captain America: Civil War berjaya menewaskan filem Disney, The Jungle Book, dalam carta box office Amerika apabila ia mendapat kutipan sebanyak AS$179.1 juta (RM726.56 juta) pada penghujung minggu lepas.

Captain America: Civil War menampilkan Chris Evans dan wira-wira komik Marvel termasuk Iron Man dan Black Widow yang bersaing antara satu sama lain berikutan perbezaan pendapat sama ada mereka perlu akur kepada permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Filem Jungle Book jatuh ke tangga kdua setelah empat minggu memasuki carta box office.

jungle-book-2016-posters-mowgli-baloo

Menurut Exhibitor Relations, filem itu berjaya mencatat kutipan AS$24.5 juta (RM99.39 juta) pada penghujung minggu lepas, dan AS$287.6 juta (RM1.2 bilion) secara keseluruhan sejak ia ditayangkan.

Sementara itu, Mother’s Day yang dibintangi Julia Roberts dan Jennifer Aniston berjaya meraih sejumlah AS$11 juta (RM44.62 juta).

Antara filem lain yang menduduki carta sepuluh teratas termasuk The Huntsman: Winter’s War, Keanu, Zootopia, Barbershop: The Next Cut, The Boss, Ratchet and Clank dan Batman vs Superman.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here