Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Christopher Nolan Menolak Arahkan Filem Bond 25


Selepas berjaya menyambung khidmat Daniel Craig sebagai aktor James Bond, teka teki dan spekulasi mula berlegar dikepala peminat franchiseĀ James Bond tentang siapakah yang bakal mengarahkan filem ke-25 James Bond itu.

Pengarah yang paling kuat dikaitkan dengan kerusi pengarahan filem tersebut adalah pengarah yang cukup kreatif dan terkenal dikalangan pengemar filem iaituĀ Christopher Nolan. Banyak peminat telah membayangkan hala tuju filem terbaru James Bond itu nanti sekirannya pengarahĀ TrilogiĀ Dark KnightĀ ituĀ dipilih.

Bagaimanapun Nolan terpaksa mengecewakan peminatnya apabila beliau menolak untuk mengarahkan filemĀ Bond 25Ā dan merasakan mereka berjaya hasilkan filemĀ BondĀ tanpa perlu bantuan darinya.

ā€œI’d love to make a Bond film at some point and I think those producers ā€“ Barbara and Michael ā€“ they do a tremendous job and Sam Mendes has done a terrific job the last couple of films, so they don’t particularly need meā€.

Nolan sebelum ini pernah memberitahu kepada media bahawa beliau berminat untuk mengarahkan Bond sekirannya franchise tersebut dihasilkan semula (reboot).


Bond 25 akan memulakan produksi tidak lama lagi dengan Daniel Craig akan kembali membawakan watak James Bond buat kali terakhir. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada November 2019


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain

Kakimuvee

Tonton 5 Minit Pertama ‘Oppenheimer’

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee