Chris Terrio Penyelamat Skrip Filem The Batman

0
268
views
Chris Terrio – Penulis skrip filem Batman V Superman

Selepas berita mengenai penguduran Ben Affleck sebagai pengarah filem The Batman, timbul satu lagi berita disebalik produksi filem solo DCEU itu.

Menurut laporan dari laman hiburan Deadline, dikhabarkan Chris Terrio menulis hampir keseluruhan draft skrip filem The Batman. Draf asal sebenarnya ditulis oleh Ben Affleck dan penulis komik, Geoff Johns sebelum Chris Terrio datang membantu dengan mengambil alih penulisan skrip filem berkenaaan.

Terrio sebelum ini pernah bekerjasama dengan Ben Affleck untuk filem Argo dan dia pernah dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk kategori Best Adapted Screenplay dan Best Pictures. Dia juga merupakan penulis skrip untuk filem Batman V Superman: Dawn of Justice dan filem DCEU akan datang Justice League.

salah satu babak Batman V Superman

Walapun Ben Affleck turun dari kerusi pengarahan, dia masih lagi bintang utama filem The Batman dan juga producer filem ini. Pihak studio kini dalam misi mencari penganti Ben Affleck dan khabar angin mengatakan pengarah filem Captain Fantastic, Matt Ross dan Pengarah filem War for the Planet of the Apes, Matt Reeves berada dalam radar pihak studio untuk mengarahkan filem ini.

The Batman bakal dibintangi beberapa nama ternama antaranya Joe Manganiello yang membawa watak antagonis Slade Wilson aka Death Stroke, Jeremy Irons sebagai Alfred dan J.K Simmos sebagai Commissioner Gordon.

Walaupun tarikh tayangan The Batman belum ditetapkan, dijangka filem ini akan ditayangkan pada tahun 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here