Chris Hemsworth Pilih Untuk Tidak Mahu Berlakon Dalam Filem Captain America: Civil War

0
144
views

Selepas Avengers menewaskan Ultron dalam filem Avengers: Age of Ultron, Hulk telah melarikan diri dan menuju ke angkasa lepas, manakala Thor telah meninggalkan Bumi bagi mencari ‘Infiniti Stone’ di angkasa seperti yang diceritakan oleh karakter tersebut dalam filem Thor: Ragnarok.

Disebabkan itu, kedua-dua karakter tersebut tidak terlibat dalam perang saudara diantara anggota Avengers dalam filem Captain America: Civil War walaupun mereka merupakan watak utama dalam Marvel Cinematic Universe.

Semasa wawancara dengan host Conan O’Brien dalam rancangan CONAN, aktor tersebut telah mendedahkan beliau sebenar tidak memilih untuk turut bersama dalam filem ketiga Captain America itu. Alasannya, beliau sangat sibuk.

“Well, that’s what everyone thinks. But I actually chose not to be in it. I was like, nah I’m busy.”

Tidak dapat dipastikan samada jawapan yang diberikan oleh aktor tersebut adalah jawapan yang jujur atau sekadar gurauan. Tetapi yang pasti, penggembaraan Thor ke angkasa lepas untuk mencari Infinity Stone semasa ‘event’ Civil War adalah sesuai, lagipun jika Thor terlibat dalam event tersebut, pihak yang disokong oleh watak tersebut pasti menang berdasarkan statusnya sebagai dewa.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here