Chris Hemsworth Mahu Thor & Wolverine Bergabung Dalam Satu Filem

0
435
views

Selepas bergabung dengan Hulk dalam filem Thor: Ragnarok, pelakonnya Chris Hemsworth kini sedang rakannya yang baru untuk bergandingan dalam satu filem.

Selepas Disney berjaya membeli Fox yang sudah tentunya memudahkan penggabungan antara Avengers dan X-Men dalam satu filem, Hemsworth berharap agar Thor dapat bersama-sama bergandingan dengan Wolverine dalam filem yang sama.

Beliau ditanya oleh Screenrant tentang karakter Marvel Fox manakah yang mahu beliau lihat bergandingan dengan Thor.

“I mean, Wolverine, just because I love that character, you know what I mean?” Hemsworth says. “I just love Hugh Jackman. Unfortunately, he died in the last movie, didn’t he?”

Watak Wolverine sudahpun dimatikan dalam filem terakhirnya Logan, namun dalam filem-filem superhero, ianya tidak mustahil untuk menghidupkan karakter yang sudah mati seperti mana dilakukan dalam komik. Hemsworth juga turut memberi pendapat agar watak itu dihidupkan kembali dari mati dan cuba untuk menyakinkan Hugh Jackman kembali membawakan watak superhero paling ikonik itu.

Selain itu juga, aktor tersebut memberitahu kepada laman web berkenaan bahawa beliau berminat untuk melihat Avengers dan X-Men bersatu dalam satu filem

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here