Chris Hemsworth Mahu Teruskan Watak Thor Selepas Avengers 4

0
415
views

Walaupun sebelum ini, Chris Hemsworth pernah mengatakan yang beliau sudah bosan untuk membawa watak Thor, kini beliau menarik balik kenyataannya itu dan berharap dapat meneruskan watak superhero berkenaan selepas filem terakhirnya, Avengers 4.

Ini gara-gara selepas dia berlakon dalam filem ketiga Thor: Ragnarok dibawah arahan Taika Waititi yang menyebabkan beliau mendapat kepuasan dan keseronokan maksimum membawa watak superhero dari Asgard itu

Chris Hemsworth berkata, beliau sememang seronok membawakan watak tersebut semasa filem pertama dan kedua, tetapi beliau merasakan sedikit terkongkong untuk membawakan watak tersebut sehinggalah Taika Waititi dan beliau sendiri mengubah sedikit perwatakan Thor untuk filem ketiga.

“Two or three films ago I was like, ‘okay, a couple more.’ I was enjoying it but I was like… I felt a little restricted,”

“And after this last experience with Taika [Waititi, director of Ragnarok], and actually these last two Avengers, I feel like we’ve reinvented the character a number of times — even in these next two, he evolves again, and you don’t get that opportunity often in a franchise,” 

“So I definitely feel a renewed sense of excitement and enthusiasm, and more so than ever, I think.”

Thor: Ragnarok menyaksikan perubahan ketara perwatakan Thor berbanding perwatakannya dalam filem-flem sebelumnya. Malah disebabkan perubahan tersebut, filem solo ketiga Thor ini menjadi filem paling laris berbanding dua filem solo Thor sebelum ini dan menjadi antara filem Marvel yang mendapat rating paling tinggi dilaman Rottentomatoes.

Chris Hemsworth kini mempunyai baki dua kontrak bersama Marvel Studio iaitu dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yang akan ditayangkan pada 2019.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here