Chris Hemsworth Bawakan Watak Hulk Hogan Dalam Filem Biopik Arahan Todd Phillips

0
16
views

Bintang filem Avengers: Endgame, Chris Hemsworth dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai Hulk Hogan dalam sebuah filem biopik mengenai pengusti terkenal itu.

Menurut laporan dari laman The Hollywood Reporter, pengarah filem Joker, Todd Philips akan bertindak selaku pengarah filem tersebut manakala skripnya turut ditulis penulis skrip filem Joker, Scott Silver.

Filem biopik ini akan memberi fokus kepada perjalanan hidup Hulk Hogan diawal kariernya pada era 1970an sebagai pengusti sehinggalah fonemena Hulkamania yang melanda dunia hiburan gusti di Amerika Syarikat.

Hulk Hogan merupakan salah seorang pengusti World Wrestling Federation yang terkenal pada era 80an dan sering kali membawakan karakter hero dalam gelanggang WWF. Pengusti tersebut pernah terpalit kontroversi rasis sehingga disingkirkan dari World Wrestling Entertainment (WWE) sebelum kembali pada 2018 selepas memohon maaf atas isu tersebut.

Setakat ini tiada pelakon-pelakon lain yang disahkan akan membintangi filem ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here