Cheese in the Trap – Dari Webtoon Ke Layar Perak

0
425
views

Diangkat dari webtoon Korea terkenal yang berjudul Cheese in the Trap, peminat-peminat filem Korea boleh menonton filem terbaru yang berjudul sama tidak lama lagiSebelum filem dihasilkan, siri televisyen Cheese in the Trap pernah bersiaran siri televisyen Korea Selatan selama 16 episode bermula 4 Januari sehingga 1 Mac 2016 yang lalu.

Versi filem ini turut dibintangi dari pelakon utama dari siri televisyen iaitu Park Hae-jin yang akan membawakan watak utama Yoo Jun. Beliau akan bergandingan dengan bintang televisyen My Sassy Girl, Oh Yeon Seo yang akan membawakan watak Hong Seol.

Mereka berdua turut dibantu dengan beberapa pelakon antaranya Park Ki-Woong, You In-young, Sandara Park dan ramai lagi.

Cheese in the Trap mengisahkan Hong Seol, seorang pelajar biasa di Universiti, telah membuat kerja tambahan untuk membayar yuran pengajian dan menampung kos sara tinggi yang tinggi. Yoo Jung merupakan pelajar senior Seol yang belajar di Univsersiti yang sama. Jejaka tersebut sangat sempurna, datang dari keluarga yang kaya, mempunyai attitude yang baik serta kacak. Tetapi Hong Seol tidak berasa selesa dengan Yoo Jung. Suatu hari, Yoo Jung telah cuba untuk bercakap dengan Hong Seol dan cuba mengajak gadis tersebut keluar.

Filem ini akan menemui penonton di Korea Selatan pada 14 Mac 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here