Charlize Theron Harap Spin Off Mad Max Mengenai Karakter Furiosa Dapat Dihasilkan

0
96
views

Walaupun masa depan franchise Mad Max menjadi tidak menentu disebabkan kes saman syarikat penerbitan George Miller terhadap syarikat penerbitan Warner Bros., pelakon Charlize Theron yang membawakan watak Furiosa dalam filem Mad Max: Fury Road tetap berharap spin filem yang melibatkan karakter beliau dapat dihasilkan

Aktres tersebut memberitahu pekara tersebut semasa ditemubual oleh laman hiburan ScreenRant.

“I hope so. I love that character I loved working with George Miller and if he was ever on board, yeah. I mean, I would be in right from the beginning. With him (George Miller) it’s kind of like working with Jason Reitman. I wouldn’t even need to see a script, I trust him that much and it’s great when you have that with a filmmaker.” – Charlize Theron

Watak Furiosa lakonan beliau telah menarik perhatian pengkritik serta penonton dan meletakkan watak tersebut antara watak wanita paling ‘badass’ dalam filem-filem aksi yang menampilkan karakter wanita sebagai watak utama.

Buat masa ini, perancangan untuk menghasilkan sekuel Mad Max: Fury Road tergendala disebabkan kes saman diantara George Miller dan Warner Bros dimana pihak Warner Bros. tidak membayar bonus berjumlah $7 juta kepada syarikat milik George Miller kerana telah menghasilkan filem Mad Max: Fury Road dibawah budget yang telah diberi.

Bagaimanapun, jika kedua-dua syarikat tersebut menemui jalan penyelesaian, mungkin filem spin off Furiosa dapat direalisasikan suatu hari nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here