Channing Tatum Akan Bawa Karakter Gambit

0
203
views

Gambit-Movie-Official-Casting

Desas-desus siapakah yang bakal membawa watak Remy LeBeau atau Gambit dalam filem spin-off X-Men akan datang iaitu Gambit terjawab apabila Channing Tatum secara rasminya akan membawa karakter mutant tersebut. Sebelum ini, banyak khabar angin mengatakan Channing Tatum akan digugurkan dari membawa watak utama filem Gambit yang bakal ditayangkan pada tahun 2016 nanti.

Mengenai penampilan karakter Gambit dalam filem X-Men: Apocalypse, kemungkinan besar karakter tersebut tidak akan terlibat dalam filem sequel X-Men itu, tetapi dijangka karakter Gambit akan ditunjukan dalam babak selepas kredit filem X-Men: Apocalypse. Filem spin-off ini akan ditayangkan beberapa bulan selepas tayangan filem X-Men: Apocalypse dan merupakan filem ketiga syarikat produksi FOX yang akan ditayangkan pada tahun 2016. (Filem lain yang akan ditayangkan ialah Deadpool)

channing-tatum

Menurut Channing Tatum, beliau sangat meminati karakter ini dan benar – benar ingin terlibat dalam projek filem franchise Gambit seperti yang dilakukan oleh Hugh Jackman (Wolverine) dan Ryan Reynolds (Deadpool).

Selain itu juga, pengarah yang pernah mengarahkan filem Rise of the Planet of the Apes Rupert Wyatt juga telah dipilih untuk mengarahkan filem franchise terbaru FOX ini. Memandangkan pengarah dan pelakon utama telah bersedia untuk memulakan pengambaran, skrip filem telah tersedia dan FOX menyediakan budget sebanyak $150 juta untuk projek ini, kita bakal melihat watak terbaru X-Men di panggung wayang nanti.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here