CEO Disney Dedahkan Mereka Berdebat Dengan Lucasfilm Mengenai Nasib Han Solo Dalam A Force Awakens

0
17
views

Sebelum karakter popular Star Wars, Han Solo ditamatkan dalam filem Star Wars: A Force Awakens, telah berlaku perdebatan panjang dan panas diantara penerbit filem Lucasfilm, pengarah J.J Abrams dan Disney mengenai nasib karakter tersebut dalam trilogi terbaru Star Wars.

Menurut CEO Disney, Bob Iger, Disney menolak cadangan kedua-dua pihak tersebut yang ingin mematikan karakter Han Solo sebaliknya pihak mereka mahu watak Han Solo kekal dalam filem Star Wars. Pendedahan ini dibuat oleh CEO terbabit semasa menghadiri Vanity Fair’s New Establishment Summit di New York.

“We had a big debate about Han Solo. Should he die or not? It was a decision made by [Kathleen] Kennedy and [J.J.] Abrams, but I got involved.”

CEO juga berkata, presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy dan J.J. Abrams yang mengkehendaki watak Han Solo ditamatkan dalam filem pertama trilogi itu, bagaimanapun dia terpaksa masuk campur keputusan mereka agar Han tidak dimatikan.

Tujuan Igor dan Disney menolak watak Han Solo dimatikan disebabkan nilai komersial yang terdapat pada karakter tersebut selain Darth Vader dan Yoda. Dengan menamatkan watak tersebut, Disney bakal kehilangan keuntungan yang cukup besar dari segi penjualan cenderahati dan patung watak tersebut kerana Han Solo tidak lagi muncul dalam Episode VIII dan Episode XI

Bagaimanapun, Lucasfilm dan J.J Abraham tetap dengan keputusan mereka untuk menamatkan watak tersebut bagi memastikan perjalanan cerita Star Wars: Episode VII itu berjalan dengan penuh dramatik dan kejutan serta penting untuk perjalanan cerita dalam filem akan datang.

Dalam filem Star Wars:  A Force Awakens, Han Solo telah mati dibunuh oleh anaknya iaitu Kylo Ren semasa usaha beliau memujuk kembali anaknya yang telah berpihak kepada Dark Side yang dipimpin Supreme Leader Snoke.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here