Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

CEO 20th Century Fox Tidak Mengemari Filem Superhero


Walaupun filem-filem bergenre superhero semakin popular dikalangan kaki wayang seluruh dunia, CEO 20th Century Fox, Stacey Snider nyata bukanlah pengemar filem bergenre berkenaan. Disebabkan itulah, Fox dilihat seperti tidak terlalu fokus dalam menghasilkan filem bergenre ‘superhero’ sepertimana yang dilakukan Marvel Studios meskinpun mereka memiliki separuh dari karakter Marvel.

Snider mendedahkan, Fox tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada karakter-karakter superhero dalam menghasilkan filem dan mereka perlu hasilkan filem dalam pelbagai genre. Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis CineEurope 2018 yang sedang berlangsung di Barcelona

“We want to continue, for example, with our X-Men movies and our Deadpool movies, but at the same time we have great success with a movie like Murder on the Orient Express or The Greatest Showman, where we are very mindful of speaking to this global audience.”

Kenyataan terbaru dari CEO Fox ini memberi gambaran tentang hala tuju mereka dalam hasilkan filem-filem adaptasi dari komik Marvel seperti X-Men dan Deadpool jika Comcast berjaya membeli syarikat ini. Diharap, Disney berjaya dalam perang untuk mendapat Fox supaya peminat dapat melihat karakter-karakter mutant dan Fantastic Four bersatu dengan karakter Marvel yang lain dalam satu bumbung.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee