Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Cathy Yan Akan Mengarahkan Filem Birds Of Prey, Margot Robbie Sah Akan Berlakon


DC dan Warner Bros. telah mengumumkan Cathy Yan sebagai pengarah untuk filem terbaru mereka, Birds of Prey hari ini. Dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak studio, telah menjadikan Yan sebagai pengarah wanita asia pertama yang mengarahkan filem DC Extended Universe (DCEU) dan pengarah asia kedua selepas James Wan menjadi pengarah filem Aquaman. 

Selain itu juga, Yan menyertai jejak langkah dua pengarah wanita yang lain, Patty Jenkins dan Ava DuVernay yang terlibat dengan projek pembikinan filem-filem DCEU. Patty Jenkins merupakan pengarah filem Wonder Woman manakala Ava DuVernay telah dipertanggungjawabkan untuk mengarah filem terbaru DCEU berjudul New Gods

Bagaimanapun keputusan DC dan Warner Bros. memilih Yan sebagai pengarah filem berbudget besar DCEU diibaratkan sebagai satu langkah berani kerana pengarah wanita tersebut hanya mempunyai pengalaman mengarahkan sebuah filem indie berjudul Dead Pigs yang ditayangkan di Festival Filem Sundance 2018 awal tahun ini,

Sementara itu, Margot Robbie turut disahkan terlibat dalam projek filem Birds of Prey dengan membawakan wataknya dalam DCEU iaitu Harley Quinn. Selain Birds of Prey, Margot Robbie juga bakal terlibat dalam beberapa projek akan datang DCEU iaitu Gotham City Sirens, Jokey & Harley Quinn dan sambungan filem Suicide Squad.

Filem Birds of Prey merupakan filem yang menampilkan sekumpulan superheroin wanita yang terdiri daripada Batgirl, Black Canary dan Huntress. Setakat ini tiada berita mengenai pelakon yang bakal membawakan ketiga-tiga watak superheroin itu.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee