Carnage Mungkin Akan Muncul Dalam Filem Venom

0
409
views

Walaupun sebelum ini watak supervillain Carnage dikatakan tidak akan membuat penampilan dalam filem lakonan Tom Hardy yang berjudul Venom, tetapi laporan terbaru dari laman web CBR.com mengatakan, karakter tersebut mungkin muncul dalam filem spin off Spider-Man terbitan Sony itu.

Ini berdasarkan laporan dari That Hashtag Show,  Cletus Kasady aka Carnage mungkin ditunjukkan pada babak akhir filem tersebut atau semasa babak ‘post credit’. Watak tersebut dikatakan akan bertemu Dr. Ashley Kafka sebelum symbiote yang mencari host menyerang Kasady . Jika laporan dari That Hashtag Show itu benar, berkemungkinan besar, sekuel filem Venom akan menyaksikan pertembungan diantara Eddie Brock dan Cletus Kasady sebagai Carnage.

Filem pertama Venom ini diadaptasikan dari minisiri Lethal Protector yang memberi fokus per’seteru’an diantara Eddie Brock dan Life Foundation yang diketuai oleh Dr. Ashley Kafka dan juga beberapa symbiote. Diawal pembikinan Venom, Carnage dikhabarkan bakal menjadi villain yang bakal ditentang oleh Eddie Brock, bagaimanapun sebaliknya Dr. Ashley Kafka telah disahkan menjadi villain utama filem Venom. 

Carnage pertama kali diperkenalkan dalam komik Amazing Spider-Man keluaran #344. Diawal kemunculan Carnage, Cletus Kasady merupakan pembunuh bersiri dan telah berkongsi bilik sel yang sama dengan Eddie Brock semasa di penjara pulau Ryker. Selepas berjaya melarikan diri dari penjara, sebahagian symbiote yang ada pada dalam Eddie Brock telah terpisah dari badan Eddie dan pergi ke badan Cletus Kasady. Simbiosis diantara Kasady dan syimbiote menyebabkan mental Kasady semakin tidak stabil dan menjadikan Kasady semakin merbahaya.

Venom diarahkan oleh Ruben Fleischer, manakala skrip ditulis oleh Jeff Pinkner dan Scott Rosenberg. Selain Tom Hardy, filem ini juga turut dibintangi Jenny Slate, Michelle Williams dan Riz Ahmed dan bakal menemui penonton pada 5 Oktober 2018

Sumber: CBR.Com, That Hastag Show

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here