“Captain America: Civil War” pertembungan dua superhero

0
378
views

Captain-America-3-Civil-War-Cap-vs-Iron-Man-artwork

Bagi peminat – peminat filem Marvel, pasti filem Captain America: Civil War antara filem wajib tengok yang akan anda tonton pada masa akan datang. Filem Captain America: Civil War dipercayai akan mula ditayangkan pada tahun 2016 berkemungkinan besar pada bulan May nanti. Seperti yang anda semua tahu, kesemua filem keluaran Marvel saling bersangkut paut antara satu sama lain, bermula dari filem Iron Man sehingga yang terbaru The Avengers: Age of Ultron.

Filem terbaru keluaran Marvel iaitu, The Avengers: Age of Ultron, antara filem Marvel yang paling banyak yang memaparkan watak – watak utama Marvel termasuk wakta hak cipta bersama antara Marvel dan FOX iaitu Quicksilver dan Scarlet Witch yang merupakan Mutant.

Civil_War_Vol_1_1_VariantPlot

Filem Captain America: Civil War ini memaparkan pertembungan dua sekutu iaitu satu kumpulan dipihak Captain America dan satu kumpulan di pihak Iron Man. Dalam versi filem ini tidak diketahui punca dan siapa superhero yang akan memihak antara Captain America dan Iron Man, tetapi jika dilihat dari perjalanan komik Captain America: Civil War, punca perbalahan ini disebabkan Captain America tidak bersetuju dengan undang – undang kerajaan yang mahu setiap Superhero mendedahkan identiti masing – masing kepada orang awam. Iron Man antara yang menyokong undang – undang tersebut dan ini menjadi punca pertembungan dua Superhero ini.

Agak – agak siapa yang memihak kepada Captain America dan watak mana di belakang Iron Man?

Watak

Antara watak – watak yang bakal muncul adalah The Avengers iaitu Iron Man, Hawkeye, Black Widow (Si cantik Natasha Romanova), The Vision, Hulk, Scarlet Witch, War Machine, The Falcon dan kemungkinan watak Winter Soldier, Bucky Barnes dan dua watak baru Marvel Ant Man dan Black Panther

Filem ini juga bakal menampilkan satu-satunya watak Marvel yang dipegang oleh Sony Entertainment iaitu Spiderman. Memandangkan Spiderman adalah watak utama dalam Komik Captain America: Civil War, jadi Marvel berkerjasama dengan Sony Entertainment untuk membawa watak ini dalam filem sequel terbaru Captain America. Pelakon untuk watak Spiderman adalah pendatang baru dalam dunia lakonan Hollywood.

Spiderman

Walaubagaimanapun, Thor tidak diketahui samada akan terlibat dengan pertembungan dua Superhero ini.

Jadi tak sabar menunggu filem Captain America: Civil War? sabar kita tengok dulu sequel – sequel watak komik Marvel dalam filem – filem akan datang dalam tahun 2015 iaitu Ant Man (Marvel) dan Fantastic Four (Fox)
Jadi anda ada setahun lagi untuk memilih superhero anda, Captain America atau Iron Man?
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here