Home Official Trailer Cable: Chronicles of Hope, Filem Fan Made X-Men Yang Sangat Gempak Gila

Cable: Chronicles of Hope, Filem Fan Made X-Men Yang Sangat Gempak Gila

0
387
views

cable-art-x-men-marvel

Cable, a.k.a. Nathan Summers adalah Mutant Cyborg yang boleh merentasi masa. Beliau merupakan anak kepada Scot Summers (Cyclops) dan Klon Jean Grey. Cable muncul buat pertama kalinya dalam siri komik Marvel pada tahun 1990 dalam isu The New Mutants.

Cable merupakan salah satu karakter X-Men yang popular dalam siri animasi dan baru-baru ini, dalam filem Deadpool, karakter anti-hero tersebut ada memberitahu bahawa Cable bakal muncul dalam sekuel kedua, Deadpool 2.

Walaupun Fox telah mengeluarkan banyak karakter-karater X-Men dalam bentuk Live Action (filem), mereka belum lagi mengeluarkan watak Cable dalam mana-mana filem X-Men. Dalam filem X-Men: Days of Future Past, sepatutnya Cable memegang watak utama kerana mengikut kronologi cerita dalam komik X-Men: Days of Future Past, watak yang pulang ke masa lampau adalah Cable bukanya Wolverine.

cable

Memandangkan populariti Cable dikalangan peminat X-Men, ramai yang tidak sabar melihat Cable beraksi dalam bentuk Live-Action. Untuk menunggu sekuel Deadpool 2, mereka terpaksa menunggu lagi beberapa tahun untuk melihat karakter tersebut dalam filem.

Oleh disebabkan demikian, peminat Cable telah menghasilkan filem pendek Cable: Chronicles of Hope. Filem pendek tersebut baru dikeluarkan beberapa jam yang lalu dan telah ditonton sebanyak 25ribu penonton.

Dalam filem tersebut, ia turut menampilkan Hope Summers, Bishop, Nightcrawler, dan kapal terbang X-Men, Blackbird. Filem fan made tersebut dihasilkam K&K Productions dan mereka pernah menghasilkan filem fan made Dragon Ball Z dan Batman.

So kepada peminat Cable, jom tonton video dibawah, Cable: Chronicles of Hope

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here