Busker Bakal Memberikan Kelainan Kepada Penonton

0
160
views

Mahu sesuatu yang baru dalam industri perfileman tanah air? Sesuatu yang ‘fresh’ dan memenuhi selera kita sebagai pengemar filem tempatan? Jangan bimbang, hasrat anda akan dipenuhi apabila filem terbitan Astroshaw berjudul Busker ditayangkan pada 11 Januari 2018 ini.

Diarahkan oleh Syed Khairul Fariz, pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 menerusi Komedi TV Terbaik, Busker dibintangi oleh pelakon muda yang berbakat seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.

Apa yang menariknya tentang filem ini, ia bakal menyaksikan kemunculan istimewa artis-artis terkenal tanah air seperti MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate. Malah MonoloQue sendiri menjadi penata muzik bagi filem Busker

Berbeza dengan filem terbitan Astro Shaw sebelum ini, filem Busker dihiasi dengan 21 lagu terdiri daripada lagu baru dan juga lagu khas untuk filem ini. Lagu tema utama filem ini adalah Atma Jiwa nyanyian Simfoni Dalam Poket serta lirik dan muzik oleh MonoloQue.

Tajuk lagu baru yang lain seperti Mogok Tenteram, Semak, Selamat Tinggal Kekasih Lama, Jelingannya, Malas Nak Layan, Kupu-Kupu Malam, Doa Untuk Kekasih, Teka Teki Teka Tekok, Ingat, Konfessi dan Impianku. Selain itu juga, filem ini turut menampilkan lagu yang disusun semula seperti Doa Untuk Kekasih, Slumber, Alamak dan Ali Malas. Sebanyak 15 lagu akan dimuatkan ke dalam album dan ia boleh didapati di Spotify, Joox, Yonder dan iTunes.

Filem Busker AstroShaw

Busker mengisahkan sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, Adil mula berkawan dengan Vera dan mendapat semangat baru dalam menggapai impiannya.

Tanpa disedari, perasaan suka mula timbul di antara mereka. Namun, semakin hampir dengan hari pertandingan, Adil berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri.

Filem Busker akan mula ditayangkan diseluruh negara pada 11 Januari 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here