Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Bunga Citra Lestari Tambah Berat Badan My Stupid Boss 2


Demi menjayakan filem sekuel komedi My Stupid Boss 2, Pelakon popular Bunga Citra Lestari kini sedang mempersiapkan dirinya dengan menambah berat badan sebelum penggambaran bermula.

“Saya mensasarkan untuk naikkan badan supaya saya kelihatan ‘chubby’. Saya tidak akan menaikkan berat badan secara mendadak,” ujarnya yang dipetik dari Wowkeren.

Tambahnya lagi, dia juga sudah menyiapkan program diet sebaik sahaja selesai penggambaran filem tersebut.

Dalam pada itu, Bunga Citra Lestari memberitahu dia akan tampil sedikit berbeza daripada wataknya dalam filem pertama.

Dia berbuat demikian selepas menonton semula filem pertama lakonannya yang mana dia merasakan tidak berpuas hati dan akan lakukan kelainan untuk sekuelnya.


Terdahulu, filem My Stupid Boss yang ditayangkan pada tahun 2016 telah berjaya mendapat lebih 3 juta tontonan.

Dalam sekuel yang akan berlatarkan di Jakarta dan Vietnam kali ini akan mengekalkan teraju utama iaitu Bunga Citra Lestari dan Reza Rahardian. Penggambaran filem ini dijadual akan berlangsung pada pertengahan Ogos ini.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee