Bryan Singer Di Pecat Dari Mengarahkan Filem Bohemian Rhapsody

0
40
views
Rami Malek as Freddi Mercury
Bohemian Rhapsody
Rami Malek

Minggu lepas, 20th Century Fox mengumumkan penggambaran filem biopik Freddie Mercury dihentikan buat sementara waktu atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi oleh pengarahnya, Bryan Singer.

Namun berita terbaru dari laman web The Hollywood Repoerter menyebut, bekas pengarah filem Superman Return dan X-Men itu telah dipecat dari mengarahkan filem yang berjudul Bohemian Rhapsody oleh studio Fox.

“Bryan Singer is no longer the director of Bohemian Rhapsody,” – kenyataan dari Fox Studio

Singer sebelum ini dilaporkan mengalami krisis dengan pelakon utamanya Rami Malek sehingga menyebabkan dia menghilangkan diri beberapa kali. Thomas Newton Sigel, cinematographer filem berkenaan terpaksa mengambilalih tugas pengarahan sewaktu ketidakhadiran Bryan Singer di set pengambaran.

Pengambaran filem Bohemian Rhapsody tinggal lagi dua minggu sahaja lagi untuk disiapkan, dan pihak Fox akan mengumumkan penggantinya tidak lama lagi bagi menyelesaikan baki penggambaran filem tersebut. Walaupun menghadapi masalah, tarikh tayangan filem biopik itu masih kekal dan tidak berubah iaitu pada 25 Disember 2018.

Bohemian Rhapsody adalah filem biopik mengenai Freddie Mercury dan kumpulannya yang terkenal iaitu, Queen yang popular pada tahun 70an. Selain Rami Malek, ia turut dibintangi oleh Joe Mazzello, Ben Hardy, dan Gwilym Lee selaku ahli kumpulan Queen

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here