Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Bront Palare, Sunny Pang Bintangi Dalam Filem Drama Rompakan Tempatan


Bintang filem Headshot, Sunny Pang dan Bront Palare bakal muncul dalam filem terbaru yang bertemakan drama rompakan tidak lama lagi. Masih menggunakan tajuk sementara, Fly By Night, filem ini diarahkan oleh Zahir Omar yang juga merupakan filem sulung beliau.

Pengarah Interchange, Dain Iskandar Said bersama-sama dengan Ivan Yeo dan Frederick Bailey telah menulis lakonlayar untuk filem terbaru ini manakala Perin Petrus dan Leonard Tee bertindak selaku penerbit.

Selain itu, Low Keong yang kerap bekerjasama dengan arwah Yasmin Ahmad akan menjadi sinematografer untuk filem Fly By Night. Turut tersenarai sebagai pelakon filem ini adalah bintang filem Shutter Life, Jack Tan berserta Fabian Loo dan Iedil Putra.

Fly By Night mengisahkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada pemandu teksi dan pelawak kecil-kecilan yang terpaksa melakukan jenayah dan meningkatkan aktiviti jenayah mereka kerana ingin melangsaikan hutang. Bront Palare akan membawakan watak anggota polis yang menyiasat dan memburu kumpulan ini.

Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan diumumkan, dan prosesnya kini sudah memasuki peringkat post-produksi. Syarikat pengedar Hong Kong, Good Move Media akan memasarkan filem tempatan ini diperingkat antarabangsa.


Sumber: ScreenDaily.com


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee