Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Bravo 5 Review


bravo 5 2

Sebelum filem perang tempatan, Bravo 5, ditayangkan, mesti ramai yang tertunggu-tunggu dan bersemangat untuk menontonya. Maklumlah, filem mengenai pasukan tentera Malaysia, mesti ramai yang hendak menontonnya. Lagipun, penonton inginkan kelainan dalam genre filem tempatan. Bukan tu sahaja, dikatakan ramai menunggu filem ini sejak tahun lepas lagi tetapi tidak dapat ditayangkan disebabkan beberapa masalah.

Tapi sayang selepas tayangannya, banyak negatif-negatif komen yang diterima. Kami pun sebenarnya agak kecewa juga dengan filem ini sebenarnya. Terlampau banyak kelemahan yang ditonjolkan, terutamanya jalan cerita dan grafik filem ini. Dengan kos RM3 juta, kami rasakan seperti tidak berbaloi dengan hasil kualiti filem terutamanya dari aspek kesan-kesan khas.

Kesan khasnya sangat kelakar dan tidak masuk akal. Malah, kesan luka dan darah seperti diletakan cat merah. Dengan kos yang tinggi itu, sepatutnya mereka boleh tonjolkan kesan khas yang sangat berkualiti, bukannya seperti efek grafik murahan. Malah kerjasama dengan pihak ATM, sepatutnya mereka boleh hasilkan kesan letupan yang realistik seperti filem Polis Evo.

bravo 5 3

Perjalanan cerita juga sangat-sangat mengecewakan. Introduction yang lemah, tiada klimaks filem, terlampau banyak kematian di pihak tentera, aksi pertarungan antara Beto & Sofi Jikan yang .. Bagi kami sangat kelakar dan banyak lagilah.

Mana tidaknya, kami tidak tahu apa objektif utama 5 komando tersebut memburu komunis sehinggalah di pertengahan cerita. Sepatutnya ada sedikit babak yang menunjukkan komando tersebut di brief oleh ketua mereka sebelum masuk menjalankan. Jika lihat filem-filem perang barat, akan ada babak-babak tersebut. Malah filem Prebet Lapok pun tunjuk babak tersebut.


Adegan tempur yang berterabur, malah suara jeritan askar tenggelam dengan efek bunyi yang melampau. Yang paling kami tidak boleh terima adalah babak pertarungan Beto dan Sofi Jikan. Kami masih tidak boleh terima bagaimana Soffi ditewaskan dengan jerangkap samar. Seriously kami tergelak beramai-ramai.

Banyak sebenarnya ingin kami perkatakan mengenai babak filem ini, malah kami boleh suggestkan bagaimana babak-babak tersebut boleh di “improve” supaya jadi lagi menarik.

bravo 5 1
Babak Koperal Ah Chia semasa ditawan komunis

Bagi kami, hanya babak Koperal Ah Chia meletakkan dua peluru dan menembak mati komunis semasa dia dalam tawanan sahaja bagi kami sangat menarik.

Keseluruhannya, filem ini mengecewakan kami yang teringin benar menonton filem-filem patrotik seperti ini. Pihak produksi seperti tidak bersungguh-sungguh dalam membuat cerita. Jika hendak dibandingkan dengan filemperang tempatan yang lain seperti seperti Sarjan Hassan, Darah Satria, Prebet Lapok, Bukit Kepong & Leftenan Adnan, filem ini berada di ranking paling bawah sekali.

Walaupun begitu, kami tetap untuk mengalakkan untuk anda menonton supaya kita dapat melihat serba sedikit sejarah penjuangan anggota dan anggota polis melawan komunis. Sekiranya terdapat pengarah-pengarah yang ingin membuat “remake” filem ini, kami sangat menyokongnya.

bravo 5 4

Dari segi lakonan, bagi kami memang ‘Ok’ dan tidak mengecewakan, hasil latihan bersama GGK, mereka mampu membawa watak sebagai anggota tentera dengan baik. Cuma ada beberapa dialog bagi kami terlalu formal seolah-olah menonton filem yang mana dihasilkan oleh ATM 100%.

Manakala dari segi kostum, memang menepati ciri-ciri seperti anggota GGK dan komunis. Dan dari segi sinematografi, diakui sangat terbaik. Dikatakan filem ini dicalonkan Sinematografi Terbaik untuk Festival Filem Malaysia akan datang.

Apa pun tahniah juga diucapkan kepada pihak produksi kerana berani mengetengahkan filem seperti ini. Bukan semua pihak berani untuk mengeluarkan filem-filem perang kerana memang diakui memerlukan kos yang tinggi, malah, para pelakonnya mestilah mampu berlakon dalam filem sebegini. Cuma diharap mereka tidak kecewa sekiranya filem ini gagal. Anggap sebagai cabaran untuk menghasilkan filem seperti ini dengan lebih baik.

Rating: PG13
Genre: Patriotik / Aksi
Pengarah: Osman Ali
Penulis:
Pelakon: Maya Karin, Datin Seri Umie Aida, Bront Palarae, Marsha Milan Londoh, Cristina Suzanne
Edaran: Nuansa Sdn. Bhd dan Ehsan Production.