Boboiboy: The Movie, Keempat Tertinggi Kutipan Tiket Filem Tempatan

0
462
views

BoBoiBoy_The_Movies

Filem animasi, Boboiboy: The Movie kini menduduki tangga keempat dalam carta filem tempatan dengan kutipan tertinggi.

Filem pecah panggung itu berjaya mencatat jumlah kutipan sebanyak RM16 juta selepas 40 hari ditayangkan.

Dengan 1.5 juta penonton, filem terbitan Primeworks Studios itu juga menjadi filem animasi tempatan meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Boboiboy: The Movie sekali gus berjaya mengatasi beberapa filem lain antaranya Ola Bola dengan jumlah kutipan RM15.85 juta, KL Gangster (RM11.74 juta), Ombak Rindu (RM10.9 juta), Hantu Bonceng (RM8.53 juta) dan Ngangkung (RM8.18 juta).

Tiga filem lain yang berada di atas senarai selepas Boboiboy: The Movie adalah Munafik (RM17 juta), The Journey (RM17.28 juta) dan filem yang masih kekal di tangga pertama, Polis Evo dengan kutipan RM18 juta.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here