Blumhouse Lancarkan ‘Red Band’ Trailer Filem Upgrade

0
136
views

Studio yang terkenal hasilkan filem-filem seram dan thriller, Blumhouse telah melancarkan trailer filem terbaru mereka berjudul Upgrade. Filem thriller ini dibintangi oleh Logan Marshall-Green (DamnationQuarry). Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Upgrade mengisahkan tentang seorang lelaki, Grey Trace yang ingin membalas dendam terhadap perompak yang telah membunuh isterinya dengan kejam dan menyebabkannya lumpuh. Satu hari, Trace telah didatangi seorang lelaki billionaire yang menawarkannya satu experimen yang akan menyembuh badannya lumpuh dan ‘upgrade’ (naiktaraf) kemampuan badannya  dengan meletakkan satu impan yang dikenali sebagai STEM. Impan tersebut akan memberikan satu abiliti fizikal yang sangat hebat kepada Trace dan atas kelebihan yang ada pada dirinya, dia mula memburu pembunuh yang menyebabkan kematian isterinya dan hampir menyebabkan dia mati.

Upgrade ditulis dan diarahkan oleh Leigh Whannell dan bakal ditayangkan pada 1 Jun 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here