Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Blok 404 Singkirkan Badang Untuk Menduduki Senarai 10 Teratas Kutipan Paling Tinggi Filem Tempatan 2018


Filem arahan Isma Aizal Yusof, Blok 404 telah menyingkir filem adiwira tempatan Badang dari senarai kutipan Paling Tinggi Filem Tempatan untuk tahun ini. Bagaimanapun kutipan yang diterima jauh dari sasaran RM 5 juta apabila hanya mampu mengaut RM162 ribu sahaja.

Blok 404 merupakan filem ‘remake’ dari filem berjudul sama yang diterbitkan pada tahun 2003. Kontroversi yang dikaitkan dengan isu ‘scam’ penerbitnya, Datul Boy Iman serta kegagalan promosi menjadi punca filem kali ini tidak mendapat sambutan dari peminat. Dihasilkan dengan modal sebanyak RM800 ribu, Blok 404 dibintangi  Amar Asyraf, Risteena Musnim, Raja Azri, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Adrea Abdullah dan Zamarul Hisham.

Sementara itu, filem Tamil tempatan, Ghora telah meraih sebanyak RM43 ribu sejak ia ditayangkan pada minggu lepas.

Berikut adalah senarai kutipan filem-filem tempatan sehingga 5 Julai 2018

KL Special Force – RM 12.2 juta
Dukun – RM 6.2 juta (TIDAK RASMI)
Lee Chong Wei – RM 4.7 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Villavan – RM 194,484
Million Loves in Me – RM 183,337
Blok 404 – RM 162,027
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 127,940
Best Story – RM 123,077
Badang – RM 93,496
Amazing Titanman – RM 92,634
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 89,420.70
Shun Pong O – RM 73,266
Busker – RM 68,739
Surf This Love – RM 47,724
This Is Pilah – RM 45,843
Sughamaai – RM 44,409
Ghora – RM 43,095
Blue Tears – RM 20,128
33KM From KL – 18,779
Qhaliq – RM 14,196
Impermanence – RM 9,313
Enjin No. 9 – 7,566.17
Bidong The Boat People – RM 3,536


Sumber: Finas


Related posts

Senarai Kutipan Filem Tempatan Bagi Separuh Tahun Pertama 2023

Kakimuvee

Ahli Lembaga & Kroni Dapat Geran, Kerajaan Berhasrat Mahu Pinda Akta FINAS

Kakimuvee

FINAS Tidak Luluskan Tayangan Filem PULAU, Tapi Boleh Batalkan Lesen

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Mat Kilau: Gagal Letak Logo, Finas Rujuk Peguam

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee