Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Blogger Murahan Fitnah Awie Lagi


Awie

Penyanyi dan pelakon Awie menyifatkan penyebaran berita kononnya dia meninggal dunia pada Sabtu lalu sebagai perbuatan fitnah dan hasad dengki manusia terhadapnya.

Penyanyi dan pelakon bernama Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia berharap peminat tidak mudah terpedaya mengenai laporan berkenaan kerana dia kini berada dalam keadaan sihat.

“Jangan mudah terpedaya dengan berita berkenaan dan saya minta peminat mendoakan kesejahteraan saya semoga terlindung dari fitnah dan hasad dengki manusia,” katanya.

Beliau yang kini berada di Phuket, Thailand bagi menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 membuat penjelasan itu menerusi rakaman video dan ia dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook dan Instagram miliknya pada malam Sabtu lalu.

awie mangsa fitnah

Berita mengatakan vokalis kumpulan Wings itu meninggal dunia menjadi viral di laman sosial dan ia bukan kali pertama Awie difitnah sedemikian rupa.


Sebelum ini, berita kematian penyanyi itu menjadi kecoh apabila ada sesetengah pihak memanipulasi laporan mengenai seorang lelaki yang turut dikenali sebagai ‘Awie Lahad Datu’ meninggal dunia akibat kemalangan pada November 2013.

Dalam pada itu, Awie dalam video sama memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental 2 dan sudah tiga minggu berada di Phuket, Thailand.

Ia diarahkan oleh Helmi Yusof dan turut menggandingkan Awie dengan Zizan Razak.

sumber: mStar Online


Related posts

Awie Menjadi Pelakon Filem Dengan Jumlah Kutipan Terbanyak Di Malaysia.

Kakimuvee

“Filem ‘Sue-On’ Adalah Tribute Buat Allahyarham Mamat Khalid” – Awie

Kakimuvee

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Is Mohd

Awie Malas Layan Youtuber ‘Pengkritik Filem’

Kakimuvee

Awie Risau Berlakon Di Golok

Is Mohd

Awie Dan Erra Fazira Kembali Bersatu Dalam Filem, Bakal Mengamit Nostalgia Sembilu

Kakimuvee