Black Water Review

0
189
views

Sebenarnya saya agak teruja melihat trio franchise Universal Soldier, Jean-Claude Van Damme dan Dolph Lundgren kembali bergandingan dalam sebuah filem aksi/ thriller berjudul Black Water. Jika anda menonton kesemua filem Universal Soldier, kedua-dua pelakon ini merupakan musuh dalam filem tersebut, malah dalam filem The Expendable 2 juga kedua-duanya berada dipihak yang berbeza. Tetapi tidak dalam filem terbaru yang berjudul Black Water. Buat pertama kalinya, Jean-Claude Van Damme dan Dolph Lundgren bergandingan sebagai sekutu dalam filem aksi thriller itu.

Diarahkan oleh Pasha Patriki, kisah Black Water bermula apabila ejen CIA, Wheeler (Van Damme) ditahan kerana tuduhan membelot dan memberi ancaman kepada negara. Wheeler telah dibawa sebuah kapal selam yang mempunyai kemudahan penjara untuk individu yang dianggap merbahaya oleh kerajaan US. Merasakan dirinya telah diperangkap, Wheeler mula mencari jalan untuk cuba keluar dari penjara tersebut dan dalam masa yang sama mencari individu yang cuba memerangkapnya. Dalam usahanya untuk melarikan diri, Wheeler perlu bekerjasama dengan seorang ejen CIA, Cassie (Jasmine Waltz) dan Marco (Lundgren).

Bagi saya filem Black Water merupakan filem aksi gred B yang sangat mengecewakan. Walaupun ia dibintangi oleh Jean-Claude Van Damme dan Dolph Lundgren, ia gagal memberikan ‘kick’ terhadap filem ini. Cubaan mereka untuk hasilkan sebuah filem ala-ala Escape Plan nyata tidak menjadi. Plot filemnya sangat berserabut, twist yang mudah dijangka dan banyak memaparkan babak berulang terutamanya babak yang menunjukan kapal selam bergerak didalam air – Jujur saya katakan CGInya sangat buruk. Babak aksinya juga turut mengecewakan walaupun dibintangi oleh dua pelakon aksi yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Diawal filem saya akui babak tembak menembaknya sangat intense, tetapi aksinya semakin menurun dan terlampau apabila berada didalam kapal selam. Kurang aksi tembak menembak dan ‘hand to hand combat’, sangat berbeza dengan filem Escape Plan yang mampu membuatkan adrenalin penonton melonjak melihat babak aksinya. Menambah kekecewaan, watak Marco hanya mula ditonjolkan selepas 3/4 perjalanan filem ini. Tidak banyak aksi yang anda boleh tonton dari pelakon Doplh Lundgren.

Boleh dikatakan hampir kesemua pelakon dalam filem ini tersangatlah ‘kayu’ dan ‘try hard’. Van Damme mungkin dilihat cuba kembali membina namanya dipersada dunia perfileman Hollywood menerusi filem ini, tetapi Black Water tidak mampu melonjakkan namanya kembali sebagai pelakon filem aksi sebalik membuatkan namanya semakin suram. Tetapi Dolph Lundgren nyata tidak mengecewakan walaupun dia diberi ‘screentime’ yang sikit. Saya yakin, jika pengarah lebih menumpukan watak Marco berbanding Cassie, Black Water akan menjadi lebih menarik.

Tiada kredit yang mampu diberikan kepada sinematografi, kesan fizikal dan CGI filem ini. Mereka seolah-olah tidak serius untuk hasilkan filem ini dengan memberikan sebuah filem yang teruk dari segi teknikal.

Secara keseluruhannya, Black Water sepatutnya mampu memberikan sebuah filem aksi gred – B yang baik jika mereka menitikberatkan jalan cerita dan aksi yang menarik. Tetapi mereka sekadar mengharapkan nama Van Damme dan Doplh Lundgren untuk menjual filem ini. Black Water filem yang gagal dan sangat teruk.

Rating Kakimuvee: 3/10

0.00
3

AKSI / THRILLER

3.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

3.0/10

PLOT / CERITA ASAL

2.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

4.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

3.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here